ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 22 April 2011

Najib: Idea ‘1 Melayu, 1 Bumi’ pandangan peribadi editor Utusan

April 22, 2011
PUTRAJAYA, 22 April — Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia kelmarin yang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang “1 Melayu, 1 Bumi” sambil menegaskan ia pandangan “peribadi” akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.
“Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami,” kata beliau yang Presiden Umno pada sidang media di sini, hari ini.

*jadi skrang utusan tk de kena mengena ngan umno ok atau utusan nak jahanamkan umno dalam diam hehe..cuak aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...