AMPANG: Seorang pelajar perempuan bukan saja ditumbuk dan diterajang,  malah turut dipukul menggunakan sebatang kayu oleh tiga pelajar  perempuan akibat berebut teman lelaki, kelmarin.
Difahamkan, walaupun pelajar perempuan tingkatan tiga itu lembik  akibat ditumbuk dan diterajang di perutnya, kumpulan pelajar terbabit  yang berlagak samseng terus memukul mangsa dengan kayu sehingga cedera.
 Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa berjalan keluar sekolahnya di  daerah ini kira-kira jam 2 petang apabila tiga pelajar perempuan  terbabit yang bersekolah di sekolah sama bertindak menunggunya di luar  pagar sekolah.
“Sejurus melihat mangsa keluar, tiga pelajar itu mengajak mangsa mengikut mereka ke satu kawasan lain.
“Mangsa dipercayai tidak mengetahui perkara sebenar hanya mengekori  kumpulan terbabit sebelum mereka berhenti di hadapan sekolah rendah  berhampiran,” katanya.
Menurutnya, seorang memarahi mangsa kerana kononnya mangsa merampas teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama.
“Bengang dengan tuduhan itu, mangsa dan pelajar terbabit  dipercayai bertengkar. Ahli kumpulan lain turut masuk campur menyebabkan  keadaan bertambah tegang.
“Kumpulan itu dikatakan ‘naik  angin’ apabila mangsa tidak mengendahkan amaran mereka supaya memutuskan  hubungan dengan teman lelakinya itu,” katanya.
Berikutan itu, mereka mula menyerang mangsa dengan menumbuk muka dan perutnya beberapa kali.
Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan melawan namun  kumpulan itu bertindak lebih ‘ganas’ dengan menyepak dan memukul mangsa  menggunakan kayu di kepala dan kaki.
Akibat pukulan itu, mangsa pengsan.
“Pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu memberitahu guru sebelum menghantar mangsa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin  Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.[metro]
*cuak aku... pegi la berebut balak ngan taip kat sarawak tu ada jugak hasilnya..hehehe 
Khamis, 14 April 2011
Bertumbuk berebut balak
Lain-lain artikal dari Benda, Pelik, Semasa
Bertumbuk berebut balak
2011-04-14T12:01:00+08:00
arituarini
Benda|Pelik|Semasa|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
