Pendakwah Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya  mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl  Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.
Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.
“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat  berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.
“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila  pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah  berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan  menerima nasihatnya.
“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan  beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu  disediakan pihak tertentu.
Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan  zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam  perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak  ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau  tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.[keadilan]
*cuak aku.. dah dinasihat tak nak dengar..biorkan je la..sumpah tujuan nak fitnah anwar.tu yang tk kira laku ke tak sumpah tu..janji dapat aibkan orang..
Jumaat, 29 April 2011
Sk ingat azab Allah- Ustaz Shamsul
Lain-lain artikal dari Politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

sumpah 2 memg x sah..tp, yg penting, dia ttp dah bersumpah smata2 nk memfitnah... baik dia amek je pisau, tikam je Anwar smpai mati.. kurg sikit dosa..
BalasPadamdosa memfitnah lbh besar dari membunuh....