KUALA LUMPUR, 26 April — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 16 Mei  ini sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri  atau membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Kedua-dua pendakwa dan pembela mengakhiri hujah penggulungan hari ini.
Semalam, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini  bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful  Bukhari Azlan adalah milik pemimpin Ketua Pembangkang itu.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25,  di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang  dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Dalam hujahnya juga semalam, peguam bela utama Karpal Singh berkata  pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap  Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada  pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis  yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa  kerelaannya.
Perbicaraan kes liwat kedua melibatkan Anwar ini bermula tiga tahun lalu.
*cuak aku tunggu la nnt apa keputusannya..lawan tetap lawan...ikut dari semasa dibebaskan..sbbnya dah de kes video sex pulak lepas ni..agak2 je.. 
Selasa, 26 April 2011
Kes liwat: keputusan mahkamah 16 Mei
Lain-lain artikal dari Politik
Kes liwat: keputusan mahkamah 16 Mei
2011-04-26T19:28:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
