MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia  kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu  mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
 Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam,  Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan  akhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.
"Pendirian  akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia  dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu  pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.
"Adakah Utusan Malaysia  mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika  dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.
Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri  daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang  kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.
Paling  penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia  harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan  di kalangan rakyat pelbagai bangsa.
*cuak aku..lidah resmi makin bercabang..
Ahad, 24 April 2011
MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia
Lain-lain artikal dari Politik
MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia
2011-04-24T00:14:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
