KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah —  salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu,  dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat  esok. 
Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi  membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan  Ketua Umum PKR itu.
Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat  Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar  Anwar untuk turut serta.
Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah  laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri  Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib  Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah  laknat.
“Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani  bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana  saya sendiri berada di lokasi itu.
“Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam  video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah  laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As,” katanya pada  sidang media di sini.[malaysiainsider]
*buat apa nak ikut sk sumpah2 ni..mufti perak pun cakap tak yah sumpah.masuk mahkamah abis cerita..dan kalau anwar sumpah sk pun sumpah tutup kes ke?tak jugak. bila dua2 dah sumpah siapa yang salah?tak tau jugak..
..kalau anwar nak lepaskan diri untuk selamat politik nya dah lama dia sumpah..semua fitnah dia akan sumpah..tak payah disuruh2, anwar sendiri akan sumpah macam najib dan saiFOOL.. 
Khamis, 28 April 2011
‘Datuk T’ Eskay nak buat sumpah laknat esok
Lain-lain artikal dari Politik
‘Datuk T’ Eskay nak buat sumpah laknat esok
2011-04-28T18:14:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
