KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan  ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas  kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.  
Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda,  Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan  Hakim Syarie Azeman Omar.
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.
Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit berkurung di dalam rumah  di No 254, Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira  jam 2.25 pagi pada 17 Januari lalu.
Berdasarkan fakta kes,  ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam  Perlis (JAIPs), kedua-dua tertuduh enggan membuka pintu biarpun diketuk  beberapa kali.
Tertuduh lelaki didakwa mengikut Seksyen   9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala Azizah  dituduh mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama yang boleh didenda RM5,000  atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Fakhrurrazi dalam prosiding berkata, kedua-dua tertuduh orang berusia dan kelakuan berdua-duaan sehingga lewat pagi boleh menimbulkan syak dan mendorong kepada zina.
Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran termasuk sebagai ingatan kepada orang lain.[metro]
*cuak aku..zaman sekarang macam2 boleh jadi..hehe
