ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 24 April 2011

Makan Nasi Lemak ‘Beralas’ Utusan Malaysia


Acara baca Utusan Malaysia secara terbalik mendapat sambutan anak muda

Platform.AM, sebuah organisasi non partisan tanpa pemimpin menganjurkan program Tunjuk Rasa Hari Kebebasan Media pada 2 Mei ini.

Mengikut paparan facebook, program itu dijadual berlangsung di perkarangan Pejabat Utusan Malaysia di 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, antara jam 5 hingga 6 petang.
Program itu mengajak orang ramai khususnya anak muda menyertai acara makan nasi lemak beralaskan akhbar Utusan Malaysia dan membaca akhbar berkenaan secara terbalik.
Pada 16 April lalu, sekumpulan anak muda membaca akhbar terbalik termasuk Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana lain di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mereka kemudian berbuat demikian secara mobilisasi di kawasan berhampiran.[keadilan]

*** KEADILAN tidak ada kena-mengena dengan penganjuran ini. Berita ini sekadar tanda sokongan – Editor

*cuak aku.dah berita pun trbalik..baca pun trbalik la,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...