Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri  malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan  penggal ini".
Katanya, beliau akan menggunakan  kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk  membentuk barisan kepimpinan 
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.
"Saya  disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal  kesinambungan  dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya)  momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan  kepimpinan.
"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.
Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, 
dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.
Walaupun  berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri  (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai  63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).
PKR juga berjaya  menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu  bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah  menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri  George Chan di kerusi Piasau.
PAS bagaimanapun gagal  di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan  parti itu menyifatkan jumlah undi yang 
diterima calonnya di  kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan  parti Islam diterima rakyat negeri itu.
Sementara  itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak  kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk  kerajaan.
Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan  raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan  budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari  luar.
Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima  cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka,  perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut. 
"Saya  akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan  kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak  menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman  rasminya.
Taib berkata pembangkang menyatakan  bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak  masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di  kalangan kebanyakan rakyat.
"Ini semua  propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa  tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia  cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.
Taib  berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan  timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok  Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan  positif.
"Rakyat nampak kerajaan pusat beri  perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai  dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang  Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air,  elektrik dan jalan," 
katanya. 
Ketua  Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri  di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui  Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih  banyak infrastrukur. 
Taib berkata keputusan  pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan  semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk  terus memajukan Sarawak.
Mengenai masyarakat Cina  yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu  membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.
*terakhir musim pertama  
Ahad, 17 April 2011
Taib:berundur pertengahan penggal (ep.akhir)
Lain-lain artikal dari Politik
Taib:berundur pertengahan penggal (ep.akhir)
2011-04-17T14:42:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
