Memasuki pusingan kedua dalam kempen pilihan raya Sarawak - yang  dianggap paling sengit dalam sejarahnya - sokongan pada BN dijangka  meningkat di saat-saat akhir walaupun menerima tamparan hebat di kawasan  bandar pada permulaanya.
Menurut  pengamatan pelbagai sumber, walaupun bakal hilang banyak kerusi, BN  masih mempunyai peluang cerah mengekalkan penguasaan dua pertiga dalam  Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sentuhan terakhirnya.
"Dalam  kempen di beberapa hari terakhir ini, semua kemungkinan boleh berlaku.  BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera  dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar," kata  pemerhari politik Dr Jeniri Amir.
Pensyarah  kanan di Universiti Malaysia Sarawak itu juga berkata, walaupun  penduduk bandar menunjukkan perubahan yang luar biasa dengan menyokong  Pakatan, berdasarkan tred dalam pilihan raya sebelum itu, bola akan  kembali bertukar ke kaki BN semula.
"Masyarakat luar bandar masih dilihat mempunyai pemikiran simple minded," katanya kepada Malaysia.
Menurut  sumber-sumber yang dekat dengan kerajaan, bacaan semasa menunjukkan,  sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas  pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak  yang bertanding.
Jika  dilihat dari aspek kaum pula, undi Cina kini memihak kepada Pakatan,  Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula  sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang.
Bacaan  ini selari dengan pemantauan NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum  Future Studies yang mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN  merosot dari 80 kepada 61 peratus.
Menurut presiden  Zentrum, Abu Hassan Hasbullah, di kawasan luar bandar, sokongan terhadap  parti pemerintah turut menyusut dari 65 kepada 38 peratus sahaja.
Justeru,  jika Pakatan mampu mempertahankan menangkis serangan terakhir BN,  termasuk kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri,  sejarah akan berlaku di Bumi Kenyalang.
Menurut  sumber-sumber Umno pula, setelah parti Melayu itu mula menyuntik  jenteranya di pelbagai kawasan, terutamanya di luar bandar dalam  beberapa hari kebelakangan ini, mereka yakin, paling tinggi, Pakatan  hanya dapat merampas 15 kerusi sahaja.
"Bagaimanapun, tujuh atau lapan kerusi di kawasan bandar memang sudah tidak boleh dipertahankan lagi," jelas sumber-sumber itu.[Malaysia]
*cuak aku perubahan disarawak...macam pasang lagu rebut kerusi..
Rabu, 13 April 2011
Pakatan mampu rampas 19 kerusi, 24 lagi '50-50
Lain-lain artikal dari Politik
Pakatan mampu rampas 19 kerusi, 24 lagi '50-50
2011-04-13T19:07:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
