KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang hingga terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan pentadbiran negeri.
Sebaliknya, beliau berkata, rakyat perlu percaya dan menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang selama ini merancang semua pembangunan secara teratur yang boleh dilihat menerusi siri kemajuan dikecapi hingga kini.
Katanya, perubahan baru dalam kepemimpinan kerajaan negeri secara terancang akan berlaku dalam tempoh tidak lama lagi, cuma rakyat perlu bersabar.
“Saya sudah bincang dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan beliau sudah bersetuju (dengan perubahan kepemimpinan kerajaan negeri).
“Saya percaya waktu yang sesuai akan tiba, jangan kita terburu-buru...
“Lim Kit Siang sudah 42 tahun dalam arena politik, Karpal Singh pula usia 72 tahun, dan Nik Aziz Nik Mat lagi tua, 80 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Bintawa, di sini, malama tadi.
Turut hadir, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending, Dr Sim Kui Hian.
*tak de beza bab umur tu..bab harta dan saham yang beza kot..hehe