SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat  dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan  terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,  Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.  
Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi  kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.  
“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada  artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum  ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya  yang menjadikan artis sebagai idola mereka.  
“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan  sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat  di Selangor.  
“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung  kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi  Sinar Harian, semalam.  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang  berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku  hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.  
Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.  
“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan  haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh  mereka (masyarakat).  
“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.  [sinar]
*bagus2...artis dari keturunan apco je yg marah ni...hehehehe
Rabu, 27 April 2011
Artis tidak bermoral Tak boleh buat persembahan diselangor
Lain-lain artikal dari Hiburan
Artis tidak bermoral Tak boleh buat persembahan diselangor
2011-04-27T18:27:00+08:00
arituarini
Hiburan|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
