ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 20 April 2011

Perjuangan di sarawak baru bermula: Anwar



SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak bukan satu penamat tetapi permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dipetik daripada laman blognya meminta semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) agar bertenang sekali gus mengingatkan bahawa usaha merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) masih belum berakhir.
Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama memastikan ia terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yg akan datang,” katanya.

Menurut Anwar, meskipun gagal mencapai keputusan disasarkan tetapi PR berjaya menanam ‘benih politik murni’ supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit.

“Pilihan Raya Negeri Sarawak membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan mustahil.

“Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik,” katanya.

Anwar berkata, hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, PR berjaya menembusi kawasan pedalaman yang selama ini sentiasa dianggap kubu kuat BN.

Anwar juga berkata, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tercalar kerana wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap penipuan ketika hari pengundian.

“Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih daripada penipuan,” katanya.[sinar]

*perjuangan belum selesai..sikit2 lama2 jadi bukit ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...