ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 9 April 2011

Lori 10 tan hempap kereta.3 maut.

 TIGA sekeluarga yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di kampung mereka di Kampar, Perak terbunuh apabila kereta mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tar seberat 10 tan, awal pagi tadi.

Kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku di Serendah, Selangor apabila kereta dipandu mangsa dikenali sebagai Mohd Farid, bersama isterinya, Erlina dan anak mereka Muhamad Faiz dirempuh sebuah lori.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa terhumban ke tebing curam sedalam dua meter. Enjin kereta Proton Satria dipandu Mohd Farid terputus dua akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahaya Affandi, berkata pemandu lori terbabit dalam lingkungan 40-an ditahan bagi membantu siasatan.
 
*berhati-hati dijalan raya..yang lori2 besar ni tolong pandang2 kiri kanan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...