KEADILAN Cabang Kuala Krau akan menganjurkan Himpunan  Peneroka/Generasi Kedua Felda di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau,  Pahang pada 1 Mei 2011.
Himpunan bermula jam 8 pagi itu yang bakal dirasmikan Pengerusi  KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman turut menyaksikan pembentangan  satu kertas kerja yang dipadankan dari kertas kerja peguam, Surina  Suhaimi di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal di Kuala Kubu Bharu,  baru-baru ini.
Pembentangan  akan dilakukan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN,  Suhaimi Said manakala Setiausaha Biro Warga Felda 
dan Orang Asal  KEADILAN, Rebin Birham;  peguam, T Kumar dan bekas  pegawai Lembaga  Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Razali Ithnain akan membuat ulasan   sebelum sesi perbincangan dan soal jawab bersama peserta.
Himpunan itu dijadual berakhir jam 1.30 tengah hari. Program itu  turut  terbuka kepada peneroka Felda dan generasi muda dari cabang  KEADILAN seluruh Pahang.
Pada jam 4 petang pula, Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda  dan Orang Asal KEADILAN  dengan disertai Jawatankuasa Biro peringkat  Negeri Pahang dan Cabang Kuala Krau, dijadual berlangsung.
Pada malam pula, ceramah pimpinan parti, antaranya Setiausaha Agung,  Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Biro Komunikasi, Nik Nazmi Nik  Ahmad akan diadakan. Fauzi juga dijangka berucap.
*jom..jom..jom..heboh..heboh.. 
Isnin, 25 April 2011
Himpunan Peneroka Felda Kuala Krau 1 Mei
Lain-lain artikal dari Politik
Himpunan Peneroka Felda Kuala Krau 1 Mei
2011-04-25T01:34:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
