Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar,  kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan  kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam  16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan  Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas  bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik  demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan  psikologi-psike mereka rapuh.
Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan  BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan  parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak  kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi  kenyalang itu.
Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera  Pilihanraya Pas Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April  (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang  kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong  tegar Pakatan sendiri.
Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan  memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan  program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang  menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh  pimpinan Pas Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan  sebutan tersebut.
Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya.  Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16  April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi,  termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.
Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang  keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun  seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi  punya sesuatu untuk diperkatakan.
Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk  menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian  pembaca akan sekali lagi terlucut.
Inilah maudhu’ sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa  pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan  Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan  perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku  membeli undi oleh BN.
Lebih penting adalah supaya ‘penegasan-keinsafan’ nanti  bakal menjadi ‘ingatan sempadan’ agar kesilapan tidak diulangi dalam  berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!
Dipetik daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad
Jumaat, 22 April 2011
Mengapa Najib-Taib yang menang gusar kepada Pakatan yang kalah?
Lain-lain artikal dari Politik
Mengapa Najib-Taib yang menang gusar kepada Pakatan yang kalah?
2011-04-22T14:24:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
