Wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara  berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang  lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu  Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak. 
“Dua bulan yang lepas,  tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi  bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi,  selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum  pilihanraya umum ke 13? 
"Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya  umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum  pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas  Malaysia membasmi pilihanraya?” bidas Petra secara sinis.
Menjawab  satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib  terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan  sejarah ‘keadilan’ di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup  untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang  serius. 
“Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang  mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?” kata Petra secara jelas  merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno  yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.
“Terangkan  apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun  pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup  untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam  bentuk pengakuan bersumpah,” kata Petra, yang dahulunya mengetahui  kempen ‘Selamatkan Anwar’ dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap  kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara.
Jumaat, 15 April 2011
Raja Petra: Video TV3 dirakam 2 bulan lalu
Lain-lain artikal dari Politik
Raja Petra: Video TV3 dirakam 2 bulan lalu
2011-04-15T16:21:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
