pKUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya  yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini.
Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia  Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak  menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.
“Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel  DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude  Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke  Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.
“Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan  tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke  Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam  campur 43 jam),” kata Sankara.
Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.
Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu  dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket  plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya  semula.
Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung,  pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam  kondominum yang  didakwa tempat kejadian berlaku.
“Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu.
“Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah,  pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium  itu,” kata Sankara.
Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan  Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang  sememangnya sudah dirancang dari awal lagi.
“Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu.
“Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang.  (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu  menunjukkan dirinya di kamera.
“Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar  untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan,” kata Sankara.
Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama  untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata  Sankara.[keadilan]
*cuak aku..benda fitnah buat jalan mana pun tak nampak benarnya 
Selasa, 26 April 2011
Kaedah pemadanan Anwar sebagai Lelaki Y meragukan – Peguam
Lain-lain artikal dari Politik
Kaedah pemadanan Anwar sebagai Lelaki Y meragukan – Peguam
2011-04-26T03:04:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
