Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak  akan dibuli bagi menamakan pengagantinya atau mendedahkan tarikh  pengundurannya hanya kerana pembangkang mahu beliau berbuat demikian.
Pembangkang  tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh (untuk memberikan tarikh).  Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada wartawan di  Kuching hari ini.
"Saya tidak akan tunduk dengan desakan orang yang tidak mampu menguruskan parti mereka sendiri,” katanya.
Taib  sepanjang pilihan raya negeri kali ini dibidas pelbagai pihak kerana  dikatakan sudah berkhidmat terlalu lama, iaitu 30 tahun dan tidak  menunjukkan tanda-tanda akan berundur.
Semalam, Taib berkata beliau akan berundur 'dalam beberapa tahun' meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa ketua menteri itu telah bersetuju menyerahkan jawatannya selepas pilihan raya 16 April ini.
Keengganan Taib berundur telah dijadikan modal berkempen kepada pembangkang, di mana pengundi diberitahu bahawa setiap undi kepada BN adalah untuk kepada Taib dan amalan rasuahnya.
Antara dakwaan yang dilemparkan itu termasuk tindakan Taib dan kerajaan BN yang merampas tanah rakyat untuk keluarganya.
Dakwaan tersebut melibatkan projek kerajaan dan juga persendirian seperti pembinaan empangan hidroelektrik di negeri itu.[malaysiakini]

*percayalahhhhh..(lagu siti)