ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 11 April 2011

BN Sarawak kritikal

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.

Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.



Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak.
(Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri)

Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri.

Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon.

Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan.
Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat.
(Gambar: Orang ramai yang mendengar ucapan Anwar di Miri)

"Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada [Harakahdaily.]

*dua gambar berbeza...ptt la PM duk eman hari kat sarawak.. 
*cuak aku ngan PR ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...