PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada  sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol  dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.
Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan  (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen  berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga  dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak  dengan dadah sebenar.
“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi  mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung  diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya  selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini  semalam. 
Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat  peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan  bahan mengkhayalkan.[kosmo]
*Cuak aku..lepas ni nk hidu apa pulak ...hidu tong gas masak .. 
Jumaat, 15 April 2011
Hidu pen marker ganti gam
Lain-lain artikal dari Pelik
Hidu pen marker ganti gam
2011-04-15T15:36:00+08:00
arituarini
Pelik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
