Belum pun sampai 24 jam  Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu  laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia  email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913  pengguna Facebook yang meminatinya.
Menurut maklumat tertera,  laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa  hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.
Dalam  posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan  jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh  rakan-rakan mereka.
Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.
Semalam,  Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel  kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.
Bagaimanapun, syarikat tersbut dikatan sebuah syarikat bermasalah.
Bukan  sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12  buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3  kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."
Menurut  garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3  itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada  satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.
Penyenaraian  Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu  gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua  hutangnya.
Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.[harakah]
*cuak aku..tolong menolong dalam menjahanamkan 50juta.. 
Khamis, 21 April 2011
Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia
Lain-lain artikal dari Politik
Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia
2011-04-21T02:39:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
