Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan bahawa  beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara daripada  politik.
Dalam wawancara yang disiarkan menerusi  rangkaian televisyen milik Media Prima, Astro Awani dan AEC semasa  siaran berita jam 8 malam semalam, ketua menteri yang telah berkuasa 30  tahun itu berkata beliau mahu membantu penggantinya selepas bersara.
"Saya  kini 75 tahun dan tidak mahu bersara apabila saya bertongkat dan tidak  boleh beri jaminan dapat beri bantuan kepada pengganti saya bagi  memastikan momentum pembangunan diteruskan.
"(Jika  saya terlalu tua, pengganti saya) tidak akan mendapat bantuan bagi  menyelesaikan isu dalam parti dan membina pasukan yang boleh  bekerejasama bagi memastikan semua polisi dilaksanakan dengan lancar,”  katanya.
Dalam wawancara itu, Taib juga berkata  adalah penting bagi beliau memastikan Koridor Tenaga Diperbaharui  Sarawak (SCORE) digunakan sepenuhnya dan strategi yang dirancangnya  dikongsi bersama penggantinya.
Wawancara itu adalah  sebahagian daripada kempen media BN bagi menangkis serangan pembangkang  yang mendakwa ketua menteri itu telah berkhidmat terlalu lama. Malah,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga berulang kali berkata Taib  akan berundur tidak lama lagi.[Malaysiakini]
* elok lah tunggu lama2..nanti lama2..sarawak  di ambil pakatan... 
Rabu, 13 April 2011
peralihan kuasa "Taip" (ep.4)
Lain-lain artikal dari Politik
peralihan kuasa "Taip" (ep.4)
2011-04-13T12:24:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
