ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 29 April 2011

wayang maharajalawak

AMIR membawa watak seorang superhero dan  yang berjaya kekalkan nasib dalam maharajalwak.



GELANGGANG Maharaja Lawak bakal berdepan dengan kejutan pada minggu keenam nanti. Kejutan itu bagaimanapun tidak akan dapat dijangka oleh penonton.
“Format dan rancangan sudah ada. Semuanya telah dirancang sejak awal lagi. Kejutan itu bakal disaksikan penonton pada minggu keenam atau ketujuh gelanggang Maharaja Lawak nanti,” kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika ditemui selepas pertandingan minggu keempat program tersebut di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor.

Katanya lagi, juri juga mempunyai satu imuniti yang bakal diberikan kepada peserta yang terkeluar.
“Imuniti ini hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh juri. Malah, ketiga-tiga juri harus sebulat suara memilih peserta yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke gelanggang Maharaja Lawak,” katanya mengenai strategi program tersebut.
Pada minggu keempat program tersebut menyaksikan Alex disingkirkan kerana persembahannya gagal memikat hati juri dan penonton.

*Sekarang dah tak boleh tengok maharajawak kat tv..sebab astro warna tak ada..tak ada masa aku nak ikut kehendak astro dengan langgan astro warna..menambah bulan2 aku nak bayar..baik tengok kat youtube je..hehehe...
sapa yang best dalam maharajalawak sudah pastinya nabil..lawak memang gila babas punya..dan yang penting satu negeri ngan aku..yang tak lawak amir..tapi kekal jugak..ada yang kata astro saje je kekalkan amir nak bagi orang panas hati..aku pun tak paham..dah berapa minggu dah amir kekal lagi..R2 yang ok sikit dari amir dah tersingkir..ermm lagi buat aku tak paham..macam leman lembu..sikit2 tak paham..
apa yang penting KERJASAMA.hehe.tu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...