ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 25 September 2014

Hidung tertusuk penyepit makanan

Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas tertusuk penyepit ke dalam hidungnya hingga menembusi otaknya.


Pakar bedah menghabiskan masa empat jam semalam untuk menarik keluar penyepit itu dari kepala Huang Zicheng selepas ia menembusi hingga tujuh sentimeter ke dalam otaknya.
Mujur penyepit itu tidak merosakkan urat saraf dan saluran darah kanak-kanak yang berasal dari Wuhan, China itu.
Menurut bapa Huang, dia menyedari kejadian itu apabila mendengar jeritan anaknya.
“Saya terkejut melihat penyepit itu masuk ke dalam hidungnya,” katanya.
Kecederaan akibat bermain dengan penyepit di kalangan kanak-kanak di China adalah perkara biasa.
Awal tahun ini, remaja berusia 18 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital selepas jatuh ketika berlari dengan mengulum penyepit di dalam mulutnya.
Dia tertiarap dan penyepit itu menembusi lelangit mulutnya hingga dua sentimer daripada otaknya.
Bagaimanapun, remaja berkenaan, Li Kaiyi, kini sudah pulih sepenuhnya selepas doktor berjaya menarik keluar penyepit berkenaan.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...