ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 20 September 2014

Salon tawar perkhidmatan warnakan haiwan

Sebuah salon haiwan peliharaan di sini menawarkan perkhidmatan mewarna serta memotong bulu anjing dan kucing dengan gaya yang luar biasa, lapor akhbar MailOnline semalam.


Salon berkenaan menawarkan perkhidmatan mewarna bulu haiwan kesayangan masing-masing dengan pelbagai warna. Pekerja di salon tersebut juga berkemahiran untuk memotong bulu haiwan tersebut dengan pelbagai gaya menarik.
Pemilik salon itu, Daria Gotz berkata, mereka menggunakan bahan pewarna semula jadi dan mesra haiwan agar kesihatan anjing atau kucing tidak terjejas.
"Kami menggunakan bahan pewarna semula jadi supaya ia tidak memberi kesan terhadap haiwan yang dibawa ke sini.
"Kami juga menawarkan perkhidmatan memotong bulu anjing atau kucing dengan pelbagai gaya yang unik," katanya.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...