ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 16 Mei 2011

Berita baik untuk guru2 BESAR

Sebelum ni aku ada bagi tau yang muhyiddin nak umumkan kabar gembira pada guru2 [sini]
Hari ni muhyiddin dan najib sudah pun berebut2 nak umumkan apa kabar gembira tu..tapi bagi aku tak ada apa yang nak di gembirakan pun..

Anataranya kabar gembira dari najib:..


*kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan,"

*kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

*semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

*semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan,

*pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),"

*bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.(yg ni kalau tak umum pun tak pe)



Cuak aku  ngan pengumuman ni..Guru2 biasa yang penat menungu dan mengharap  kabar gembira ni..mintak maap la banyak2..ingatkan ada la bonus ke naik gaji ke..tapi hampeh...

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sabo jelah.. malaysia, harga barang naik, gaji x naik... =.=

    BalasPadam
  2. ish2.then gaji kami yg juruteknik ni bile lak nk naik.dh lah hari juruteknik tak de pon =(

    BalasPadam
  3. lawak la rara ni...

    tu la yg besar2 je dpt naik ni..guru2 biasa ia2 tunggu td..rupanya guru besr yg dpt..

    BalasPadam
  4. yang kaya lagi bertambah kaya...

    BalasPadam
  5. ye btul tu bro...apa benda mcm ni..

    BalasPadam
  6. errr kenapa cikgu dapat banyak ???????????????????????????????????????? menyampah. arituh ada tengok gaji cikgu 6000 tahun 2008 padahal cikgu sains jer pon. ajar pun x berapa bagus sangat. semua pelajar tido. sekarang da 2011 gaji da 10000 apa ?


    *sory cikgu kutuk :P

    BalasPadam
  7. hahaa . memang cuak . takpe lah , kot2 lain kali boleh naik gaji ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...