ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 17 November 2011

Padah 64 tumpang bas 9 tempat duduk

Sekurang-kurangnya 17 pelajar tadika dan dua dewasa terbunuh semalam selepas sebuah bas sekolah dengan sembilan tempat duduk membawa 64 orang terbabit dalam kemalangan dalam perjalanan ke sekolah di barat China. 

Mangsa berusia 5 hingga 6 tahun maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah trak membawa arang di wilayah Gansu menyebabkannya remuk.

Pihak berkuasa menyalahkan lebih muatan sebagai punca kemalangan dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara itu, mendedahkan kelemahan sistem pendidikan hingga membahayakan pelajar di kawasan luar bandar, lapor Xinhua.

Lima orang mati di tempat kejadian iaitu empat kanak-kanak dan pemandu bas itu, kata pegawai dikenali sebagai Fan, pengarah pejabat kecemasan di Biro Keselamatan Gansu. Seramai 14 mangsa lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital atau ketika dalam perjalanan ke pusat perubatan. Seorang lagi mangsa adalah guru tadika, katanya.

Fan berkata, bas itu membawa 64 orang, 62 daripadanya adalah kanak-kanak. Seramai 45 orang lain dihantar ke hospital, 13 daripada mereka parah, lapor Xinhua.

Gambar dalam laman web Xinhua menunjukkan bahagian depan bas mini itu remuk manakala trak itu tidak rosak teruk. Tujuh belas mangsa berada dalam perjalanan ke tadika Little Doctor di Qingyang ketika nahas berlaku jam 9.40 pagi waktu tempatan.

Pihak tadika menguruskan bas itu, kata Li Yuanqing, pegawai akhbar kerajaan tempatan daerah, Zhengning.Kenderaan membawa lebihan penumpang biasa dilihat di China dan kemalangan sering berlaku kerana kenderaan terbabit tidak berada dalam keadaan baik selain tabiat memandu pemandu yang buruk.

September lalu, televisyen menyiarkan berita sebuah bas mini lapan tempat duduk ditahan kerana membawa 64 pelajar tadika.[sumber]

*Cuak aku..Dah macam sardin dah tu.. biasa kes2 macam ni berlaku kat india je..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. utamakan keselamatan..padat macam sardin kalau eksiden memang cuak ahh

    BalasPadam
  2. Salam;
    terlampau ramai sangat manusia di negara china susah nak dijaga..lebih baik mangsa mati terus je lagi senang..kan itu undang2 di china.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...