ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 14 November 2011

Brad Pitt beli kereta kebal

Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.


Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.

Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.[sumber]

*Cuak aku..Banyak2 kenderaan dalam dunia kereta kebal dia beli..kih kih kih

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. org byk duit bleh la acu kite yg sengkek ni tgk je la

    BalasPadam
  2. tu la bila dah terlampau banyak duit..

    BalasPadam
  3. Salam;
    lopas ni mungkin diaorang nak beli Bom nuklear pulak.

    BalasPadam
  4. nak tembak siapa agaknya tu hahaa

    BalasPadam
  5. awesome!! walaupun membazir sebenarnya. :D

    BalasPadam
  6. wah..pasni sape cari pasal ngan dia abis laa..kena BOM!!...hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. haha...ko bayangkan la..dia nak parking kat mana kereta kebal tu...haha~

    BalasPadam
  8. fuh..beli kereta kebal..mesti seronok bawa naik atas jalan...haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...