ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Mac 2012

Naik gaji:Dr M bimbang Malaysia muflis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja.

Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.

Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini.Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.  - baca selanjutnya [sini]

*Cuak aku..biar gambar bawah ni jawab..kih kih kih
barang naik..rakyat nak muflis dah tolong kerajaan

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. apa kena buat?..biarkn brg naik n gaji sama...hahahhaa

    BalasPadam
  2. aiyakkk.takkan tak jadi naik kot...sob..sob..

    BalasPadam
  3. erkk..muflis??
    jgn...tak keje lg ni..hohoho

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...