ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Mac 2012

Wajah seperti bola selepas warna rambut

Seorang wanita muda yang gemarkan gaya wajah baru mengalami kecacatan penglihatan buat sementara waktu dan dirawat di hospital selama tiga hari ekoran tindak balas pewarna rambut yang dibelinya di pasar raya.

Wajah Carmen Rowe membengkak seperti “bola” selepas menggunakan pewarna rambut hitam Clairol “Nice n Easy” yang dibelinya di sebuah pasar raya tempatan di Asda.

Dia dimasukkan ke Hospital Morriston Swansea keesokan harinya selepas mengalami wajah bengkak menyebabkan dia tidak dapat melihat.

 Bagaimanapun, wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia menjalankan ujian pada kulit 48 jam sebelum menggunakan pewarna itu tanpa menghadapi sebarang masalah dan telah mewarnakan rambutnya sejak dia berusia 13 tahun.

Carmen akhirnya dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga hari rawatan apabila bengkak di wajahnya surut dengan pengambilan steroid dan antibiotik. 

Namun, dia dimasukkan semula ke hospital sebanyak empat kali bulan seterusnya selepas mengalami sakit dan bengkak di wajahnya. Doktor akhirnya mengesan tindak balas alahan terhadap Paraphenylenediamine di dalam pewarna rambut itu.[sumber]

*Cuak aku..hati2 lah kalau nak guna perwarna rambut...kalau tak jadi bola..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. mesti bahan kimia dh meresap masuk kedalam muka..

    BalasPadam
  2. mcm tu lah kalau perasaan nak cantik tu melebihi pertimbangan mengenai baik/buruk, bahaya/selamatnya benda tu

    BalasPadam
  3. serius?huhu..mcm2...bahan kimia kuat sgt kot

    BalasPadam
  4. uit...bahayanya,muka blh jadi sperti bola lps wrna rmbut??...huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...