ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Mac 2012

Mercedez cipta kenderaan halimunan

Pakar teknologi penyamaran optikal di Mercedez Benz telah mencipta sebuah kenderaan halimunan sempena mempromosi keluaran kereta konsep berkuasa hidrogen syarikat Jerman itu.
Pakar di syarikat itu menggunakan teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen yang dikenali sebagai F-Cell.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan melihat pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.[sumber]

* Cuak aku..nampak tayar je kereta ni..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. wahh..hbat..kreta halimunan..-,-''

    BalasPadam
  2. kereta mayat depa buat mcm tu jugak tak??

    BalasPadam
  3. wah,bestnya halimunan kereta dia...:)

    #confirm mahal =.="

    BalasPadam
  4. mmg cuak! adehh
    tapi imej tu lebih kecik dr asal kan?

    BalasPadam
  5. tak leh eksiden puyahlah...haha kan !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...