ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Mac 2012

'Keganasan' polis ke atas mat rempit

Selepas kejadian seorang anggota polis di Tangkak yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu cedera teruk, satu lagi kekecohan berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut portal akhbar harian bahasa Inggeris The Star, lebih 100 penduduk kampung menyerbu balai polis Teluk Bahang bagi membantah cara dua anggota polis yang mengendalikan ancaman Mat Rempit.

Laporan itu mendakwa penduduk kampung membaling batu dan kayu ke arah balai polis itu pada malam Ahad lalu, berikutan dakwaan bahawa anggota polis sebelum itu mencampakkan topi keledar pada sekumpulan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram.

Lima daripada mereka dilaporkan terjatuh dari motosikal dan seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dipetik akhbar itu sebagai berkata pihak polis akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku oleh anggotanya itu.[sumber]

*Cuak aku...korang rasa siapa yang patut disalahkan..?? mat rempit atau polis??

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Rasanya kalau bagi muka dgn mat rempit ni, dorang akan insaf tak ???

    Rumah sy bdekatan dgn rumah mat rempit, setiap malam berdengung telinga ni dengar ekzos mcm guruh..polis dtg pun kejap je dah start balik buat bising...salah mak bapak mendidik! salah anak merempit! polis juga yg jd mangsa...

    BalasPadam
  2. Macam mana kita nak didik budak2 ni kalau kita buat cara keras.. Budak2 muda ni lagi kau keras lagi dia keras...

    BalasPadam
  3. kena drg kedua2 pihak br jatuhkn hukuman

    BalasPadam
  4. "didiklah anak-anak kamu seiring dgn zamannya"

    kena ada cara tackle bebudak ni.. yg paling penting ada asas agama dulu utk dijadikan kayu buat bahan bakar semangat baik dlm jiwa dorang tu

    BalasPadam
  5. mat rempit pn kdg bengong xbertempat..kdg mmg patut kna pukul...

    BalasPadam
  6. er...tak tahu apa nak jadi dgn manusia sekarang ~~'

    BalasPadam
  7. kalau nak diikutkan mat rempit tu dah memang salah sbb menjadi samseng jalanan.tapi sebagai pihak yg ada "akal fikiran" jgn la ambik tindakan yg tak sewajarnya.banyak inisiatif yg boleh diambil.bukan sepak terajang cara nak mendidik atau menjinakkan diaorg.mat rempit nie pendendam.esok2 ada pulak kes polis kena pukul ramai2.hermmm awat la jadi kot nie..

    BalasPadam
  8. polis salah,org kg pun salah.mat rempit sah2 salahnya.

    polis pun ada undang2 kot.kot ye pun xperlu nk belasah cm2.

    yg org kg,once da backup cm2,naik kepala la mat2 rempit ni.

    BalasPadam
  9. moral of the story: Jangan Lari Dari Road Block...Itu lah padahnya kalau lari dari road block..KALAU remaja tu hanya penunggang biasa dan kena baling macam memang tak wajar..tapi kalau dia seorang mat rempit(Pelumba Haram) apa lagi tindakan polis untuk memberhentikan dia??

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  10. Aku dulu mat rempit.Pasai apa aku jadi mat rempit? pasai dia aku tak tau erti sebenar kehidupan yang bermaruah ini.Siapa kata mat rempit tak berguna? depa juga aset negara cuma depa ni perlu di tune bagi betoi sahaja.Bukanya dengan cara kasar dan keras..caranya kena guna ilmu bukan guna nafsu amarah membabi buta..Kalau betoi cara keras dan kasar ni berkesan, mengapa generasi mat rempit ini terus wujud dan terus wujud..Aahaaa bab tu tanya diri hampa sendiri betui ka tak betui cara tu?..sejak aku tau erti kehidupan yang bermaruah ini..lepas terbehenti dengan sendiri dari aktiviti mat rempit sejak 10 tahun yang lalu...la ni aku dah jadi seorang website deverloper, money market trader dan fulltime internet marketer.. la ni kesimpulan yang aku dapat kehidupan di dunia ini hanyalah mainan dan tipuan belaka...aku la ni tengah kumpul bekai untuk ke tempat yang lebih bermakna dan tempat yang betui-betui real untuk mengecapi segala erti kehidupan yang lebih syok...dan lebih sempurna..sebelum aku di panggil balik ..semoga pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran untuk semua sama ada untuk mat rempit yang aktif,bukan mat rempit dan semuaaaa lahh...

    kita ini manusia yang selalu buat salah dan pasai tu TUHAN suruh kita bertaubat..

    Tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...