ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 19 Mac 2012

Dihukum penjara dan 600 sebatan

Mahkamah Umum Riyadh menjatuhkan hukuman enam tahun penjara berserta 600 sebatan terhadap seorang pegawai dagang atas kesalahan menggunakan ilmu hitam dan penipu, kata polis Riyadh kelmarin. 

Akhbar Arab News melaporkan pesalah berusia 40-an itu, mengaku menipu SR550,000 (RM407,004) daripada seorang wanita warga Arab Saudi dan berjanji memberikan ubat ajaib. 

Menurut polis, lelaki itu berjanji kepada plaintif yang beliau akan memberi rawatan terapi herba supaya rambutnya kembali tumbuh.

Pada awalnya, lelaki terbabit didakwa mengambil SR20,000 (RM16,281) dan meminta wanita itu membayar baki secara ansuran.

Bagi bayaran pertama, lelaki itu memberi mangsa herba dibalut di dalam kain putih dan memberitahu wanita itu agar menyimpannya bagi membantu rambutnya tumbuh.

Menurut pengadu, rawatan ilmu hitam defendan tidak menghentikan rambutnya terus gugur. Ketika polis menahan defendan, polis turut merampas cincin, batu hitam yang beliau dakwa mempunyai kuasa dan kertas bertulisan tangan bahan untuk kuasa ajaib.

Polis memberi amaran kepada orang ramai tidak melakukan jenayah seumpama itu dan minta memaklumkan pihak berkuasa sebaik menemui orang asing dicurigai mendakwa kuasa sakti mampu meningkatkan hidup mereka.[sumber]

*Cuak aku...boleh hancur pungung kalau kena 600 sebatan..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. buat lagi macam tu kan? hehe

    BalasPadam
  2. mak aih..bape round nak abis sebat 600 kali tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. 600? eyarkk! takda punggung la..sian

    BalasPadam
  4. mak ai..600 tu kite kt skolah dulu kena rotan sekali je rs nk demam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...