ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 5 Mac 2012

4juta tonton video remaja pakai topi

Seorang remaja perempuan yang muncul di laman perkongsian video YouTube dengan memakai topi beruang koala telah mempersoalkan dirinya sama ada dia cantik atau hodoh.

"Kebanyakan orang memanggil saya hodoh dan saya berpendapat saya hodoh. Saya menganggap saya hodoh dan gemuk," katanya apabila dia mengalu-alukan pengguna Internet dari seluruh dunia untuk memberikan jawapan kepadanya.

Video itu yang berjudul Am I pretty or ugly? dimuat naik pada 17 Disember 2010 dan ditonton lebih empat juta kali di YouTube.

Seorang ahli psikologi keluarga, Profesor Nadine Kaslow dari Universiti Emory di Atlanta berkata, dunia golongan muda kini berada pada satu peringkat baharu.

"Ia (dunia baharu itu) boleh mengaibkan, mungkin memalukan dan anda mula menjadi objek awam berbanding menjadi diri sendiri," katanya.[sumber]
 
*Cuak aku..Pasal pakai topi pun sampai 4juta tengok..aku tengok bukan hodoh atau cantik..tapi bodoh ada lah..kih kih kih..betul la cakap profesor tu..sekarang untuk mempopularkan diri senang..tapi pilih lah nak popular secara baik atau buruk..pilihan ditangan korang..jangan sampai memalukan diri sendiri dan keluarga korang..

2 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...