ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 22 Ogos 2011

Keterangan anwar dari kandang tertuduh.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini

Antara Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media:

-Mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.


“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.

Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.

Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.

“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”

Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

-Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.-

14 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ini semua skandal ni.. orang pompuan pun tau nak tendang anu kalau nak kena rogol.. saiful siap mandi tukar tuala lagi..cehh

    BalasPadam
  2. ntah bila laa kes ni nak selesai... fitnah kat malaysia ni dah banyak sgt terjadi...

    BalasPadam
  3. aku jamin bro..mahkamah akan menjatuhkan hukuman bersalah kat Anwar Ibrahim nanti..percayalah skrip drama akan berulang kembali..pahtu bila anwar wat rayuan n pilihan raya umum abis n katakanlah BN menang,baru anwar didapati tak bersalah pula...
    >,<

    dramaking bro..huhu

    BalasPadam
  4. Khalis:btul tu..bleh lak minum2 lg..kata kena paksa....

    norhsiham:akhir zaman..bnyk fitnah..

    syuxer:anwar payah nak menang..sbb umno nak jaga rakyat yg ditipunya selama ni kat tv... tk kan saifol lak yg salah..nnt org akan tertnye2..rupa2nya saifol ni buat fitnah..kih kih kih..

    BalasPadam
  5. wallahua'lam..tak boleh nak cakap lebih2..aku cuma berharap siapa yang bersalah terima balsannya..:)

    BalasPadam
  6. ermm bile lah kes nih nk selesai kan..

    BalasPadam
  7. aduhai... bila mahu settle da.. moga kebenaran kan terlihat jua..

    BalasPadam
  8. emm tak tahu siapa betol.takkan anwar snggup buat liwat..tp knpe saiful nak buat tuduhan begitu..hish..fitnah2..mgkin ada hasutan lain..bilah la nak selesai ni..

    BalasPadam
  9. Semoga Allah tunjukkan akan kebenaran-Nya....

    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
    Tunjukanlah kami jalan yang lurus(jalan yang benar)...
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat....Amin....

    BalasPadam
  10. penjarakan DSAI sebelum PRU13 itulah yang aku dapat rasakan...wallahu'lam...

    BalasPadam
  11. HD:umno pun cuak nk pnjarakan anwar..tp umno tk de jalan lain dah..penjarakan kan pun bahaya..tk penjarakan lg bahya..kih kih kih

    BalasPadam
  12. xtau bile nk selesai kes ni..mcm2 hal,dunia akhir zaman cmni la

    BalasPadam
  13. anwar pilih untuk bela diri di kandang tertuduh dan bukannya kandang saksi tanpa di soal balas. dalam kandang tertuduh, dia berceramah pulak. kalau begini la cara anwar bela diri, aku tak hairan langsung kalau anwar akhirnya ke sungai buluh. tak usah salahkan sistem keadilan. salahkan lah anwar sendiri. dia sendiri buat benda mengarut

    -radiology

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...