Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak  pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu  peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan,  dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks  dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah  Tinggi hari ini
Antara Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media:
-Mengikut keterangan pengadu dia tiba di  Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan  perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang  dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan  memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum  dibenarkan masuk.“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana  saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia  duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu  mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan  hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut,  malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan  marah.”“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas  pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik  kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,”  kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini  dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk  keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau  lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam  keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan  fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki  berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara  fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan  polis.Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan  Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara,  agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah  sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak  memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan  mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat  satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata  Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana  menteri.
.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata,  ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan  kecederaan fizikal ke atasnya.Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui  bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah  mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu  yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan  penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku,  dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.  Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada  sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar  Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau  ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun  mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan  pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya  Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan,  Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd  Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari  sebelum kejadian didakwa berlaku.Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah  berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi  yang benar,” katanya.
-Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.-
Isnin, 22 Ogos 2011
Keterangan anwar dari kandang tertuduh.
Lain-lain artikal dari Politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

ini semua skandal ni.. orang pompuan pun tau nak tendang anu kalau nak kena rogol.. saiful siap mandi tukar tuala lagi..cehh
BalasPadamntah bila laa kes ni nak selesai... fitnah kat malaysia ni dah banyak sgt terjadi...
BalasPadamaku jamin bro..mahkamah akan menjatuhkan hukuman bersalah kat Anwar Ibrahim nanti..percayalah skrip drama akan berulang kembali..pahtu bila anwar wat rayuan n pilihan raya umum abis n katakanlah BN menang,baru anwar didapati tak bersalah pula...
BalasPadam>,<
dramaking bro..huhu
Khalis:btul tu..bleh lak minum2 lg..kata kena paksa....
BalasPadamnorhsiham:akhir zaman..bnyk fitnah..
syuxer:anwar payah nak menang..sbb umno nak jaga rakyat yg ditipunya selama ni kat tv... tk kan saifol lak yg salah..nnt org akan tertnye2..rupa2nya saifol ni buat fitnah..kih kih kih..
wallahua'lam..tak boleh nak cakap lebih2..aku cuma berharap siapa yang bersalah terima balsannya..:)
BalasPadamermm bile lah kes nih nk selesai kan..
BalasPadamaduhai... bila mahu settle da.. moga kebenaran kan terlihat jua..
BalasPadamemm tak tahu siapa betol.takkan anwar snggup buat liwat..tp knpe saiful nak buat tuduhan begitu..hish..fitnah2..mgkin ada hasutan lain..bilah la nak selesai ni..
BalasPadamSemoga Allah tunjukkan akan kebenaran-Nya....
BalasPadamEngkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukanlah kami jalan yang lurus(jalan yang benar)...
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat....Amin....
penjarakan DSAI sebelum PRU13 itulah yang aku dapat rasakan...wallahu'lam...
BalasPadamHD:umno pun cuak nk pnjarakan anwar..tp umno tk de jalan lain dah..penjarakan kan pun bahaya..tk penjarakan lg bahya..kih kih kih
BalasPadamgile lama kot kes ni kan ..
BalasPadamxtau bile nk selesai kes ni..mcm2 hal,dunia akhir zaman cmni la
BalasPadamanwar pilih untuk bela diri di kandang tertuduh dan bukannya kandang saksi tanpa di soal balas. dalam kandang tertuduh, dia berceramah pulak. kalau begini la cara anwar bela diri, aku tak hairan langsung kalau anwar akhirnya ke sungai buluh. tak usah salahkan sistem keadilan. salahkan lah anwar sendiri. dia sendiri buat benda mengarut
BalasPadam-radiology