Teman wanita penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas (gambar)
yang merupakan seorang wartawan penyiaran, Sara Carbonero mendedahkan
berlaku perpecahan di antara para pemain dan jurulatih kelab itu, Jose
Mourinho.
"Pendapat ini memang popular bahawa para pemain tidak sehaluan dengan jurulatih mereka."Ketika ini berlaku perpecahan di dalam bilik persalinan dan kita terpaksa menunggu sehingga akhir musim ini untuk melihat sama ada Mourinho akan meninggalkan kelab kerana keputusan masih belum muktamad di Real Madrid," kata Carbonero, 28, kepada televisyen Mexico Televisa.
Akhbar sukan harian Sepanyol yang mencatat jualan tertinggi, Marca
minggu lalu melaporkan, Casillas dan ketua pasukan Sergio Ramos
menggesa pengerusi kelab, Florentino Perez supaya memecat Mourinho
sebelum musim depan bermula.
Menurut Marca, mereka memberi amaran bahawa beberapa pemain akan
meninggalkan Real Madrid jika jurulatih warga Portugal itu dikekalkan
pada musim depan.
Dalam sidang akhbar, Perez kelihatan berang dan menafikan laporan
tentang usaha untuk menggugat kestabilan kelab. Casillas dan Ramos turut
menafikan mengenai ugutan tersebut.
"Kami berpendapat tiada unsur-unsur peras ugut," kata Carbonero kepada stesen televisyen Mexico itu.Keputusan Mourinho yang meletakkan Casillas, 31, di bangku simpanan
sebelum sambutan Krismas lalu, telah menyebabkan khabar angin mengenai
perpecahan yang berlaku dalam kelab semakin bertiup kencang.
Walau apa pun situasi sekarang, pemain antarabangsa Sepanyol itu kini
diketepikan untuk tempoh lapan hingga 12 minggu kerana mengalami
keretakan pada ibu jari tangan kirinya yang memaksa pemain tersebut
menjalani pembedahan, Jumaat lalu.[utusan]