Seorang wanita yang mengalami penyakit ganjil yang menyebabkan dia
membesar luar biasa, meninggal dunia pada usia 34 tahun, lapor media
semalam.
Tanya Angus, dari Las Vegas, menghabiskan masa sejak 12 tahun lalu
untuk mencari penawar kepada masalah badannya yang tidak berhenti
membesar.
Ketika berusia 21 tahun, Tanya cuma setinggi 1.76 meter dan beratnya 59 kilogram. Dalam keadaan begitu, Tanya mampu menunggang kuda, belajar menari dan memiliki teman lelaki.
Namun, kewujudan tumor di sekeliling kelenjar pituitari di otak
wanita itu menyebabkan hormon tumbesarannya terus dihasilkan secara
besar-besaran.
Kes Tanya dianggap paling ekstrem berlaku setakat ini apabila tubuhnya membesar sehingga 2.1 meter dan seberat lebih 181 kilogram. Dia dipecat daripada tugasnya sebagai penyelia di pasar raya Walmart di Michigan apabila masalah badannya menjadi semakin serius.
Tanya juga ditinggalkan kekasih apabila dia disalah anggap
sebagai lelaki oleh keluarga teman lelakinya. Namun, Tanya tidak pernah
berputus asa mencari penawar.
Ogos tahun lalu, doktor mendapati hormon
tumbesarannya mula menurun menjadi normal untuk kali pertama. Dia juga
pernah menjalani tiga pembedahan untuk membuang tumor berkenaan, tetapi
gagal kerana badannya masih kekal membsar.[metro]