Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke
atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung
artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap
Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya,Datuk Abdul Aziz Ishak yang
didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau
bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi
teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut
diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan
daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang
memfitnah plaintif.
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan
Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10
akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah
memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang
mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang
berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan
disiarkan dengan niat jahat.[sinar]
1st...
BalasPadam