Satu kajian di Australia mendapati orang ramai
yang menaiki kereta ke tempat kerja lebih mudah mengalami kenaikan berat
badan, berbanding mereka yang menggunakan perkhidmatan bas, transit
aliran ringan (LRT) dan basikal, walaupun mereka melakukan senaman pada
waktu lapang.
"Walaupun anda aktif pada masa lapang tetapi pada masa yang sama
menggunakan kereta setiap hari, ia akan memberi kesan kepada berat badan
anda,'' kata Ketua Pengarang, Institut Diabetes dan Jantung IDI Baker
di Melbourne, Takemi Sugiyama.
Antara responden kajian itu yang bersenam sekurang-kurangnya dua jam
setengah seminggu, mendapati berat badan mereka yang menggunakan kereta,
didapati naik secara purata 1.8 kilogram dalam tempoh empat tahun,
lebih berat setengah kilogram berbanding mereka yang pergi bekerja
dengan cara lain termasuk yang bekerja di rumah.
Daripada 822 responden kajian itu, hanya mereka yang mendapat cukup senaman pada setiap minggu dan tidak memandu ke tempat kerja berjaya mengelak daripada mengalami berat badan.
Pekerja yang tidak melakukan senaman yang mencukupi pada setiap minggu juga akan mengalami kenaikan berat badan, tetapi ia tidak terikat kepada cara mereka pergi ke tempat kerja, menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan dan Pencegahan Amerika.
Lawrence Frank dari Sekolah Komuniti dan Perancangan Serantau di Universiti British Columbia di Vancouver yang tidak terlibat dalam kajian itu pula berkata, terdapat kemungkinan faktor-faktor lain di tempat kerja tidak dipertimbangkan dalam kajian tersebut.
''Orang ramai yang lama menggunakan kereta cenderung untuk membeli banyak makanan dan melakukan banyak kerja semasa pergi dan berada di tempat kerja yang turut mempengaruhi kenaikan berat badan,'' katanya.[utusan]