ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Januari 2013

'Saya tidak minta maaf jika tak buat kesalahan' - Sharifah Zohra

Di sebalik desakan beberapa pihak agar memohon maaf bukannya memaafkan orang lain, Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau tidak akan meminta jika tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada masa yang sama kata Sharifah Zohra, beliau juga tidak akan menarik balik pandangan atau kenyataan jika bercakap benar.

"Saya tidak meminta maaf apabila saya tidak melakukan kesalahan, dan apabila saya bercakap benar, saya tidak menarik balik," kata Sharifah Zohra dalam mesej Twitter, beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan bertulis berhubung kontroversi melibatkan beliau dan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Dalam kenyataan terbuka semalam, yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...