Selama tiga tahun Tracey Sharp percaya dia akan gembira berkongsi suami dengan enam wanita lain.Dia mencintai bekas rabai, Philip Sharp serta bekerja keras di
ladang milik keluarga itu dan cuba berbaik-baik dengan ‘madunya.’
Bagaimanapun, selepas dipencilkan, dicemburui dan kesunyian, Tracey
tidak dapat lagi menanggung penderitaan.
Dia akhirnya mendapat
keberanian meninggalkan ‘suaminya’ yang kini dikenali sebagai ‘rabai
yang berang.’ Kini, selepas lebih dua tahun dan menetap bersama-sama
anaknya di rumah pangsa dua bilik di Sussex, Tracey mendedahkan kisah
buruk di sebalik keluarga ganjil itu.
Wanita berusia 46 tahun itu berkata, kehidupan keluarga itu tidak pernah bahagia, bertentangan dengan apa yang sering digambarkan oleh bekas rabai berkenaan.
Menurut Tracey, pergaduhan sering berlaku antara ‘isteri’ Sharp.
Mereka bekerja enam hari seminggu dan diberi elaun RM150 sebulan untuk
hidup sedangkan lelaki itu dilayan seperti ‘raja.’ Tracey mula
berkenalan dengan Sharp pada 1998 ketika dia menjadi rabai di sebuah
kuil Yahudi di Hove, Sussex, selepas berpisah dengan suaminya.
Ketika itu juga Sharp mendakwa menerima ‘perutusan’ daripada Tuhan yang memaklumkan kepadanya bahawa dia adalah ‘raja’ dan mengarahnya supaya menggandakan bilangan isterinya. Dakwaan dan tindakannya itu menyebabkan Sharp disingkir daripada agama Yahudi.
Selepas menceraikan isterinya yang sah, Sharp ‘mengahwini’ setiausahanya, Judith sebelum mengambil Tracey sebagai isterinya pada 2001.
Beberapa tahun selepas itu, dia ‘berkahwin’ dengan Hannah, Vreni,
Margo, Chava dan Karyn. Lelaki itu mempunyai 12 anak hasil perkahwinan
dengan tujuh wanita itu. Tidak satu pun perkahwinan itu dilakukan
menurut undang-undang dan Sharp berkata, perkahwinan hanya berlaku
ketika seks.
Keluarga itu kemudian membina sebuah rumah berharga RM3.4 juta di sebuah ladang di Whatlington, Sussex Timurmenggunakan elaun anak dan kredit cukai.
Tracey yang melahirkan dua anak Sharp - Naomi, kini 9 tahun dan
Mischa, 3 tahun, berkata, dia mulanya mempercayai sepenuhnya lelaki itu
dan ajarannya. Bercakap dalam wawancara dengan majalah Closer, Tracey
berkata: “Saya mencintainya dan percaya ajarannya.” Ketika hamil kali
pertama, Tracey berkata, dia dan Sharp begitu rapat menyebabkan madunya
cemburu.
Katanya, perasaan cemburu wujud antara ‘isteri’ Sharp kerana sikapnya yang suka memilih wanita yang digemarinya serta berpindah dari satu katil ke katil lain.
Semua ‘isteri’ Sharp terpaksa melakukan kerja seperti membasuh dan memasak sementara anak mereka tidak ke sekolah, sebaliknya belajar di ladang berkenaan.
“Saya begitu sengsara. Tetapi, tidak boleh melakukan apa-apa, seolah-olah telah disihir olehnya,” kata Stacy.
Tetapi, pada 2010, Tracey bertindak berani, menyoal Sharp mengenai kekurangan tumpuan yang diberikan kepadanya dan anak mereka sebelum bertindak meninggalkan ladang itu.
Menurutnya, anaknya, Naomi, mulanya rindukan ‘isteri’ Sharp yang lain dan adik beradiknya. Tetapi katanya, anaknya kini hidup lebih gembira.
“Saya gembira mendapat kebebasan dan menyesal terjerumus dalam kehidupan dengan Sharp. Saya berharap menemui ‘orang baru’ dan saya tidak akan berkongsinya dengan wanita lain,” kata Tracey.[metro]