ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 Januari 2013

Operasi mandulkan awan untuk cegah hujan

Kawasan utara Jakarta diramal mengalami banjir pada Ahad ini akibat air pasang laut, dan bagi mengelak keadaan banjir menjadi lebih buruk jika hujan turun pada hari sama, usaha sedang dijalankan untuk menghentikan hujan melalui teknologi kejuruteraan untuk 'memandulkan awan'.

Unit Pelaksana Teknik (UPT) Hujan Buatan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), yang diberi tugas itu, bersiap sedia melakukan operasi itu menggunakan pesawat.

Ketua UPT HUjan Buatan BPPT F. Heru Widodo berkata pasukannya akan melakukan pengubahsuaian awan pada Sabtu kerana mengikut ramalan, pergerakan awan mulai 26
Jan hingga 28 Jan akan menyebabkan berlaku hujan lebat.

"Untuk mencegah hujan lebat ini, kami sudah bersiap-siap untuk melakukan pengubahsuaian hujan untuk tempoh selama dua bulan," katanya seperti yang dipetik portal berita Media Indonesia, pada Jumaat.

Heru berkata kaedah pengubahsuaian yang akan diterap ialah persaingan, dan anggota pasukan itu akan memilih awan dari jenis kumulus di sekitar barat daya, barat laut, sebelah barat Pulau Jawa atau Wilayah Selat Sunda serta Anyer.

Mereka kemudian akan menyemai awan dengan cara menanam bahan mengandungi garam berukuran 2 hingga 5 mikron dengan bantuan pesawat, selain menggunakan sistem statik di darat melalui alat Ground Base Generator (GBG).

Heru berkata lima GBG akan ditempatkan di sekitar Gunung Gede dan 25 lokasi di wilayah Jakarta untuk mengubah suai awan agar terpecah.

Beliau berkata apabila awan kumulus terpecah, seluruh awan akan bersaing, dan semakin banyak persaingan, maka banyaklah awan yang akan menjadi impoten atau mandul kerana tidak boleh menghasilkan air sama sekali.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...