Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun
berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon
pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu
kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas
mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapanBelanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah
koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U
Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. [sinar]

*ada jugak peruntukan dari KERAjaan jenis siapa cepat dia dapat ek.. kih kih kih