Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki
dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138
hingga 214 tahun.
Menurut Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12
tahun lalu yang diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika
dia pulang daripada berniaga di Rawang, Selangor.
Katanya, pada malam itu keretanya kehabisan minyak di sekitar Taman
Templer dan dia terpaksa berjalan kaki selama 30 minit ke sebuah stesen
minyak berdekatan.
"Ketika dalam perjalanan ke kereta setelah membeli minyak, tiba-tiba
seorang lelaki menghampiri saya dan menanyakan masalah yang saya hadapi.
"Kemudiannya, secara tiba-tiba lelaki itu menghulurkan dua keping
syiling ini kepada saya dan selepas menerimanya saya terus berlari ke
kereta sementara lelaki tersebut juga hilang begitu sahaja," katanya
ketika ditemui di sini semalam.[kosmo]