Seorang pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nick Wallenda berjalan di atas kabel setinggi 60.96 meter di sini kelmarin.
Pihak Suruhanjaya Bandar Sarasota membenarkan Wallenda membuat aksi
itu tanpa jaring keselamatan diletakkan di bawah kabel tersebut.
Dia yang berusia 34 tahun itu berjalan di atas kabel sejauh 152.4 meter. Ribuan orang menyaksikan aksi Wallenda itu. Wallenda berjalan di atas kabel itu selama 15 minit dari Taman Bayfront ke bangunan Menara Marina.[kosmo]