Pengurus Manchester City, Roberto Mancini dan pemainnya, Mario
Balotelli, yang berhadapan dengan kontroversi hubungan dingin
kebelakangan ini, dilaporkan bergaduh ketika sesi latihan di padang
Carrington, semalam.
Gambar dikeluarkan oleh agensi berita dan BBC menunjukkan pergaduhan
antara kedua-dua mereka terpaksa dileraikan oleh kakitangan dan rakan
sepasukan.
“Ia dipercayai daripada Mancini yang bertindak balas kepada Balotelli."Dalam salah satu gambar tersebut, Mancini dilihat menarik baju Balotelli, dan pemain lain cuba menghalang pergaduhan mereka.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak mencerminkan perkara yang baik kepada
juara EPL, dan Mancini akan disoal mengenai hubungan beliau dengan
pemain pada sidang akhbar hari ini,” kata BBC Radio 5.
Gambar yang dikeluarkan juga menunjukkan Mancini menjerit ke arah
Balotelli yang menjaringkan tiga gol dalam 21 penampilan musim ini.
City enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu, sebaliknya mengatakan bahawa Mancini sendiri akan menjawab segala persoalan mengenai kejadian itu pada sidang akhbar yang akan diadakan pagi ini (waktu London).
Selain itu, pemain berusia 22 tahun itu juga banyak terlibat dengan kontroversi semenjak perpindahan beliau dari Inter Milan pada Ogos 2010.
Bulan lalu, penyerang Itali itu membawa pengurusnya ke Tribunal Liga Perdana setelah tidak berpuas hati dengan keputusan City untuk mengenakan denda memotong gaji dua minggu atas alasan masalah disiplin.
Balotelli yang didapati bersalah dan menerima hukuman menyebabkan Mancini berkata, beliau bersedia untuk memberi penyerang itu sekali lagi peluang.

November lalu, Mancini berkata beliau tidak mempunyai niat untuk
menjual Balotelli walaupun berhadapan dengan situasi hubungan dingin
dengan pemain itu.
Musim lalu, Balotelli menjaringkan 17 gol dalam perlawanan melibatkan City.Selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Arsenal pada April, Mancini terus menimbulkan keraguan terhadap masa depan Balotelli di kelab itu dan beliau berkata: “Sekarang tidak mempunyai apa-apa komen mengenai tingkah laku Balotelli.”

Pada bulan April, Mancini turut bergurau dengan mengatakan dia mungkin akan menumbuk Balotelli di kepala setiap hari jika dia adalah rakan sepasukannya.
Beliau berkata: "Saya tidak bercakap dengan dia setiap hari, jika tidak, saya akan memerlukan ahli psikologi, tetapi saya bercakap dengan dia kerana saya tidak mahu dia kehilangan kualiti."
Mancini juga menyatakan bahawa kelakuan Balotelli kadang-kadang menimbulkan kemarahan.“Setiap masa Balotelli melakukan sesuatu, ia seperti satu perang,” katanya.
Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Mancini bergaduh dengan pemainnya.Sebelum ini, Mancini bergaduh dengan Carlos Tevez berikutan kekalahan 1-2 kepada Bayern Munich pada September 2011.[sinar]