Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan,
dibenarkan pulang semalam selepas diberikan ‘cangkerang’ khas bagi
melindungi organ penting berkenaan.
Audrina Cardenas dilahirkan pada 15 Oktober tahun lalu dengan
menghidap penyakit dikenali sebagai ectopia cordis yang menyebabkan
jantungnya terbentuk di luar dada.
Penyakit itu hanya berlaku terhadap
seorang daripada setiap lapan juta orang dengan sembilan daripada 10
penghidapnya meninggal dunia ketika lahir atau sekadar bertahan kurang
dari tiga hari.
Namun, selepas tiga setengah bulan, Audrina membuktikan
kelaziman itu salah, sebaliknya dia dibenarkan keluar dari Hospital
Kanak-kanak Texas di Houston.
Dia dilihat meninggalkan hospital itu dengan pelindung khas berkenaan bersama ibunya, Ashley, Audrina akan menjalani pembedahan untuk membetulkan kedudukan jantungnya dan memasang pelindung kekal beberapa tahun lagi.[metro]