Penyampai radio popular Hot FM, Fara Fauzana bersedia untuk menamatkan zaman bujang pada bila-bila masa memandangkan usianya yang semakin meningkat.
Jelas Fara, pada usia 33 tahun, selayaknya dia sudahpun mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.
"Saya sudah mereka kad undangan perkahwinan dan barang hantaran pun sudah disediakan.
"Saya lakukan ini kerana tidak mahu tergesa-gesa apabila tiba hari
bahagia kelak," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan program
baru TV 9 dekat sini hari ini.
Bagaimanapun wanita yang mesra dengan panggilan Fafau itu mengaku
yang dia sebenarnya masih menunggu kehadiran calon suami selepas kali
terakhir bercinta dua tahun lalu.[utusan]